Al-Habib Ali Ridha bin Musa Al-Kadhim
Beliau dikenali sebagai salah seorang pernuka dan ulama Ahlil Bait Nubuwah yang besar pengaruhnya di kalangan Syiah. Beliau hidup semasa Khalifah Harun Rasyid. Banyak orang yang menyaksikan karamah beliau. Beliau pernah berkata kepada seorang yang sihat: “Bersiaplah untuk menghadapi kematianmu”. Setelah tiga hari orang tersebut diberitakan meninggal dunia.
Al
Hakim meriwayatkan dari Muhammad bin Isa bin Abi HuFaib: “Aku pernah
bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. di suatu gedung yang biasa kaum Haji
singgah di tempat itu ketika tiba di kota kami. Di gedung itu kulihat
ada sebuah piring yang berisi buah kurma. Kulihat Rasulullah memberiku
delapan belas buah kurma. Setelah dua puluh hari setibanya dari Madinah
Ali Ridha singgah di tempat itu. Penduduk kota kami datang menyambutnya.
Akupun datang menemui beliau. Kulihat beliau sedang duduk di tempat
yang diduduki oleh Rasulullah seperti yang kulihat dalam mimpiku.
Sedangkan di hadapan beliau ada sebuah piring yang berisi buah kurma
sama seperti yang kulihat di dalam mimpiku. Kemudian beliau memberiku
segenggam buah kurma. Ketika kuhitung jumlahnya sama berjumlah lapan
belas buah. Aku berkata: “Tambahkan sedikit lagi”. Jawab beliau: “Jika
Rasulullah waktu itu menambahkan pasti aku tambahkan padamu”.
Dalam
kitab Al Itihaf Bi-Hubbil Asyraf disebutkan: “Waktu Khalifah Ma’mun,
hendak menjadikan Ali Ridha sebagai penggantinya kelak sebahagian
bawahan Khalifah Ma’mun tidak senang. Mereka takut kalau kekuasaan itu
akan berpindah dari keluarga Banil Abbas kepada keluarga Bani Fatimah.
Orang-orang yang tidak setuju itu ingin menunjukkan pembangkangannya
pada Ali Ridha. Biasanya jika Ali Ridha hendak masuk ke dalam istana
orang-orang yang berada dalam istana akan berdiri untuk memberi salam
pada beliau terlebih dahulu. Kemudian mereka membukakan tabir yang
memisahkan tempat bersemayamnya khalifah dengan ruangan luar. Pada suatu
hari pegawai-pegawai istana yang tidak senang pada beliau bersepakat
untuk tidak berdiri menghormat beliau dan tidak akan membukakan tabir
agar beliau tidak dapat masuk ke dalam majlis khalifah. Di suatu pagi
ketika pegawai-pegawai istana sedang duduk tiba-tiba datanglah Ali Ridha
hendak masuk ke dalam majlis khalifah seperti biasanya. Anehnya waktu
Ali Ridha masuk ke ruang itu tidak seorangpun dari mereka yang tidak
bangkit untuk menghormatinya dan membukakan tabir. Setelah Ali Ridha
masuk ke dalam majlis khalifah mereka saling menyalahkan apa yang telah
dilakukan masing-masing. Kemudian mereka bersepakat sekali lagi untuk
tidak membukakan tabir jika Ali Ridha datang ke dalam istana. Keesokan
harinya waktu Ali Ridha datang seperti biasanya mereka hanya memberi
salam saja pada beliau tanpa membukakan tabir. Dengan izin Allah
berhembusanlah angin kencang dalam istana sehingga tabir itu tersingkap
dan Ali Ridha pun masuk dalam istana dengan aman. Demikian pula waktu
Ali Ridha akan pulang berhembuslah angin dari arah dalam menyingkapkan
tabir sehingga Ali Ridha dapat melalui dengan santai.
Melihat
kejadian itu salah seorang dari mereka berkata: “Sungguh orang ini
mempunyai kedudukan tinggi disisi Allah dan ia selalu mendapatkan
pertolongan dari Allah. Lihatlah bagaimanakah datangnya angin sekencang
itu yang dapat menyingkapkan tabir ketika beliau datang dan pulang.
Kerana itu bertaubatlah kamu pada Allah atas perbuatan kamu”.
Alhasan
bin Musa Al Khadhim bercerita: “Ketika kami sedang berada di majlis Ali
Ridha ada seorang yang bernama Ja’far bin Umar Ali Alawi melalui
sedangkan pakaiannya compang-camping dan mukanya kusut. Melihat
keadaannya yang sangat menyedihkan itu sebahagian kami ada yang
melihatnya dengan pandangan jijik. Ali Ridha berkata: “Dalam waktu dekat
orang itu akan kamu lihat dalam keadaan kaya, banyak pelayan yang
mengiringkannya dan keadaannya pun akan sedap untuk dipandang”. Belum
sebulan dari ucapan beliau, orang tersebut diangkat sebagai gabenor dan
kedudukannya pun berubah. la jadi seorang kaya raya, jika berjalan
diiringkan oleh seluruh pelayan dan pembesar-pembesar lainnya. Ketika ia
berjalan kami bangun untuk rnenghormatnya dan mempersilakannya
singgah”.
Musa
bin Marwan berkata: “Aku pernah melihat Ali Ridha berada di masjid
Madinah sedangkan khalifah Harun Rasyid berkhutbah. Beliau berkata:
“Ketahuilah bahawa aku dan ia (Harun Rasyid) kelak akan dikuburkan
berdampingan”.”
Hamzah
bin Ja’far Al Arjani berkata: “Suatu hari kulihat Khalifah Harun Rasyid
keluar dari salah satu pintu Masjidil Haram, sedangkan Ali Ridha keluar
dari pintu yang lain. Beliau berkata sambil menunjukkan ucapannya itu
kepada Khalifah Harun ar-Rasyid: “Wahai orang yang berjauhan tempatnya
dengan aku kelak akan berdampingan dalam kubur, kelak kota Thousia
(Iran) akan mendekatkan aku dengannya. Apa yang diucapkan oleh beliau
ternyata benar-benar terjadi. Ketika Khalifah Harun sedang dalam suatu
perjalanannya untuk berhijad beliau meninggal dekat kota Thousia.
Jenazahnya dimakamkan dekat kuburan Ali Ridha di Thousiah”.
Husin
bin Yasarah berkata: “Pernah Ali Ridha berkata padaku: “Kelak Abdullah
bin Harun Rasyid akan membunuh saudaranya Muhammad bin Harun Rasyid”.
Tanyaku pada beliau: “Apakah hal itu akan terjadi?” Jawab beliau: “Ya”.
Ternyata apa yang diucapkan beliau benar-benar berlaku.”
Ali Ridha wafat di kota Thousiah (Khurasan) di akhir bulan Safar tahun 203
No comments: